Isnin, Ogos 17, 2009

Bersama Para Speaker POWER PACK LEADERSHIP (PPL)



Alhamdulillah! Syukur...Majlis berjalan dengan lancar. Kehadiran peserta melebihi 550 orang. Mereka yang hadir terdiri daripada Millionaire Executive Club, Millionaire Club Member, Penerima Anugerah MGU RM300K, RM100K dan ahli Uptrend2u yang telah mencapai pendapatan sebanyak RM10k.





Hj. S.Amir bergambar kenangan bersama Penceramah POWER PACK LEADERSHIP (PPL) setelah tamat majlis tersebut.

Mr. President En. Gary Gan MasterSifu

- Hujah dan perbentangan beliau sangat menakjubkan. Apa yang boleh dikatakan di sini, beliau amat ikhlas mengajar, mendidik, menegur & membantu semua warga Uptrend2u untuk mencipta kejayaan. Malah nasihat beliau supaya setiap kita sentiasa "MEMECAH REKOD TERBAIK PERIBADI". Jangan mudah rasa selesa dengan kejayaan yang telah dinikmati kerana mencipta kejayaan itu bukan suatu yang sukar @ payah tetapi untuk KEKALKAN kejayaan itu adalah amat sukar. Oleh kerana itulah kita dinasihatkan agar berpegang kepada moto "keramat" BREAKING YOUR PERSONAL BEST itu setiap masa dan setiap perkara yang kita lakukan. Pasti kejayaan yang diluar jangkaan akan berlaku dalam diri kita sendiri.

MEC Jutawan En. Azmi 001

- Beliau menjadi Speaker kedua pada PPL tersebut. Menceritakan nostalgia Uptrend2u bermula pada tahun 2004 sehingga sekarang 2009. Memang sangat luar biasa! Gandingan beliau sebagai 001 bersama pemimpin terawal dan pihak pengurusan telah berjaya meneroka pasaran Malaysia & Global sehingga berjaya melahirkan seramai 62 orang bergelar JUTAWAN hanya dalam tempoh 5 tahun sahaja. Beliau juga menyatakan kenapa sampai kesaat ini beliau masih KEKAL bersama Uptrend2u. Di akhir ceramah, beliau menyatakan satu ungkapan yang penuh bermakna & memberi kesan yang medalam kepada semua warga Uptrend2u. katanya, "SAYA ADALAH NETWORKER 001 UPTREND2U DAN SAYA AKAN PASTIKAN SAYA ADALAH ORANG YANG TERAKHIR YANG AKAN MENINGGALKAN UPTREND2U"... Kami amat berbangga mempunyai seorang 001 yang cool, sempoi, humble, ilmu banyak, tak kedekut, amanah & bertanggungjawab! Terima Kasih atas usaha 001 yang telah memberi ruang kepada insan lain mencipta kejayaan. TQ! TQ!

MEC Jutawan En. Nizam

- Speaker ke-3 PPL. Membentangkan tajuk "PENGURUSAN MASA & KEWANGAN". Sangat detail beliau memberi idea & hujah untuk dinilaikan bersama. Amat jelas apabila beliau menunjukan aliran kewangan "Orang biasa", aliran kewangan "Orang Miskin" dan aliran kewangan "Orang Kaya & Bijak". Contoh2 yang diberikan amat jelas dan senang dipraktikan oleh para peserta. Beliau juga memberitahu kesilapan beliau ketika menguruskan kewangan dan akibatnya beliau terpaksa mengalami 'kejatuhan' ketika berada di puncak kekayaan. Nasihat yang diberikan amat ikhlas agar kita tidak berlaku seperti beliau. Tips-tips yang dikupas membuka idea baru kepada peserta untuk menjadi seorang "SMART PLANNER" dalam pengurusan masa & kewangan. Alhamdulillah! Banyak ilmu baru yang diperolehi. Terima Kasih diucapkan...

MEC Jutawan Tn. Hj. Roshidi

- Speaker ke-4 PPL. Beliau membentangkan tentang "SPIRITUAL OF LEADERSHIP" yang berkaitan "Siapakah Diri Kita". Perbentangan beliau dengan tangisan air mata serta sentuhan jiwa yang telah memberi keinsafan kepada peserta & membongkarkan "bukti" kebesaran & keagungan Allah S.W.T. Lafaz doa yang dimunajatkan oleh beliau menyentuh sanubari setiap peserta... Ya Allah! Makbulkanlah doa kami semua...amin! Laungan takbir "ALLAHU AKBAR!" memecah keheningan suasana. Berzikir "Asma ul-Husna" memberi keinsafan pada diri peserta betapa Agungnya Maha Pencipta. Betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah. Jangan angkuh! Jangan lalai! Jangan Kufur! Kepada Tn Hj, kami ucapkan terima kasih kerana berjaya mengingatkan kami 'siapa diri kami sebenarnya'. Syukron! Jazakallah Khair...

*** Kepada anda yang belum menyertai Power Pack Leadershi (PPL) ini, dinasihatkan agar menyertainya A.S.A.P... Amat rugi jika kita lepaskan ilmu Tuhan ini dengan hanya bayaran serendah RM60 sahaja! Upgrade Your Knowledge! Sesungguhnya martabat orang yang berilmu amat tinggi berbanding dengan mereka yang tiada ilmu.

0 ulasan:

Catat Ulasan