Ahad, Ogos 16, 2009

FIKIRKAN TAK BOLEH ??? Hmmmm....

"AKU TAK BOLEH LAAA...."
"MEMANG TAK BOLEH LAAA..."
"AKU TAK BOLEH BUAT LAAA..."
"ISH!! SUSAHNYA...TAK BOLEH LAA..."


Perasaan ini sering berada pada majoriti masyarakat. Ramai memandang rendah dengan kebolehan diri sendiri- perasaan fikirkan tidak boleh.

Perasaan ini adalah perasaan yang sering bercakap pada diri sendiri bahawa "Saya tidak boleh melakukannya. Saya akan gagal". Setiap kali peluang atau keadaan hadir didepan anda, pemandangan anda menjadi kelabu dengan fikiran tidak boleh ini.

Pakar psikologist, Abraham Maslow mengatakan; memandang rendah dengan kebolehan sendiri terjadi adalah kerana secara sedar ataupun tidak, seseorang itu telah menerima di fikirannya bahawa tiada apa yang dia boleh lakukan untuk mengubah keadaan dirinya.

Teringat saya dengan cerita Eddy Murphy The Nutty Professor (di mana Eddy Murphy menjadi seorang yang gemuk Professor Sherman) dan ketika beliau ingin menurunkan berat badannya, beliau ke gym dan bersenam sambil berkata "Yes I can!... Yes I can!".

Anda juga perlu menjadi seperti ini (bukan menjadi gemuk!). Setiap kali anda ingin membuat perubahan kepada diri anda, lawan fikiran dalaman anda yang sering Mengatakan "tidak boleh" kepada "SAYA BOLEH! SAYA BOLEH! PASTI BOLEH!!!".

Teknik melawan fikiran tidak boleh ini dinamakan affirmation dan walaupun bunyi kelakar (corny), ia amat efektif. Ulangkan dengan mengucap "Saya boleh" berkali kali... perlu ucapkan! Bukan cakap dalam hati sahaja...luahkan!

Saya pula selalu membayangkan Professor Sherman setiap kali! Mesti saya tersenyum ketika berhadapan dengan keadaan "Fikirkan Tak Boleh".

"...JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH,
PASTI KAU BOLEH MELAKUKAN.
JIKA KAU FIKIRKAN RAGU-RAGU,
USAHAMU TIDAK MENENTU..."

0 ulasan:

Catat Ulasan