Sabtu, Ogos 15, 2009

Mengejar MATLAMAT Bagaikan MENDAYUNG Sampan

PEMIMPIN BIZNET YANG DIKASIHI & DIHORMATI...

MATLAMAT ! Matlamat ni, apa yang kita bayangkan adalah seperti kita sedang mendayung sampan di tengah lautan. Di mana, kita boleh lihat satu pulau yang berhampiran. Kita dayung dengan kuat untuk menghala ke pulau tersebut. Dayung memang kuat, maklumlah, kita sorang-sorang je mendayung.

Tiba-tiba, datang ombak... menolak sampan kita ke arah lain. kita lawan ombak tersebut dengan menambahkan lagi kekuatan mendayung. Tetapi, ombak menolak lagi... lagi kuat kita dayung ke arah pulau itu, makin kuat pula ombak menolak kita ke arah lain...

Sampai, kita give up... and kata... alamak! susahnya nak capai pulau yang tu... takpe lah. kita ikut je ombak ni dan cuba cari pulau lain pula yang lebih mudah.

Tanpa mengetahui bahawa, nanti ke arah pulau yang baru, pastinya ada juga ombak yang akan menghalang dan membawa kita ke arah yang lain.... dan lain... dan lain...

Memang ini sering terjadi. Matlamat yang kita lihat sememangnya jelas. Saya percaya anda yang membaca, anda mempunyai matlamat hidup dan kewangan yang jelas terutama setelah kita join Uptrend2u. Tetapi, akibat "ombak" yang sering menganggu kita dalam mencapai matlamat tersebut, sering kali, kita terbawa kearah yang lain... sehingga tak tercapai satu pun matlamat kita yang boleh dibanggakan.

Oleh yang demikian, dayunglah sampan itu sampai tiba ke destinasi yang anda nak tuju. Maksudnya, jalankan bisnes ini dengan bermatlamat dan kecapi matlamat itu sampai ianya betul-betul berada di depan mata. Bukan suatu perkara yang mustahil.
apa yang penting, "TERUSKAN MENDAYUNG SAMPAN, SAMPAI TIBA KE PULAU YANG ANDA TUJUI. DON'T GIVE-UP!!!"....Selamat Maju Jaya!

0 ulasan:

Catat Ulasan