Selasa, Januari 26, 2010

BERTAHANLAH UNTUK MEMBINA KEKAYAAN DALAM MLM!

Assalamualaikum,

Seringkali kita mendengar ayat ini:
Saya dah join 5 jenis MLM, tapi tak ada satu pun yang berjaya, buat penuh sales kit aje dalam stor saya, MLM ni tak boleh buat saya kaya!

Oh, dahulu hati saya terguris mendengar ayat ini. Tetapi sekarang tidak lagi kerana saya dah dengar ayat ni dari ribuan orang Melayu. Beginilah dahsyatnya persepsi mereka tentang MLM di Malaysia.

Balasan untuk ayat tadi ialah – Ada banyak faktor menyebabkan anda belum berjumpa MLM yang boleh buat anda berjaya/ kaya ANTARANYA:

1) Kelima-lima MLM tu tak genuine dari segi produk (boleh buat repeat sale tak produk tu? Adakah produk tu berguna ALL TIMES for EVERYBODY?), pelan pemasaran (ada royalti dan bonus organisasi tak MLM tu? Jika ya, that MLM can make you RICH friend!) dan adakah syarikat itu benar-benar kukuh dari segi kewangan dan sistem? So, lepas ni kalau nak join mana-mana MLM, study dahulu perkara-perkara penting ini. Jangan lihat bakal upline naik Mercedes, awak terus sign jadi ahli J.

2) Kalau lah PRODUK, PELAN PEMASARAN, SYARIKAT dan SISTEM syarikat MLM tu dah cantik, dah molek, dah terbukti bagus, TETAPI anda masih lagi tak berjaya, tak kaya-kaya maksudnya siapa yang salah? Yang salah ialah ’MYSELF’. Ingat, nak jadi businessman yang pro, jangan sekali-kali menyalahkan orang lain atas kegagalan kita. Ia akan menampakkan lagi kebodohan kita dalam menjalankan perniagaan.

3) Kalau ada yang mengeluh dah join berpuluh MLM tetapi masih tak berjaya, cuba tanya mereka semula, dah berapa lama anda bertahan dalam satu-satu jenis MLM tu? Yes, as what has been expected, mereka hanya sertai MLM yang kononnya buat mereka gagal tu tak sampai 1 TAHUN pun. Ya, baru 3 bulan, 6 bulan dah give up. Baru 9 bulan tak dapat jual produk, tak dapat cari networking, dah isytihar diri gagal dan mula mencari MLM lain. Mula memburukkan MLM yang kononnya buat mereka rugi dan gagal tu. Cuba fikirkan dalam masa yang singkat dalam sesuatu MLM, berapa banyak ilmu yang boleh anda pelajari? MLM adalah tempat untuk BELAJAR mengendalikan bisnes yang sebenar, tempat buat EKSPERIMEN tentang kemahiran dan bakat kita berniaga & akhirnya tempat MEMBINA KEKAYAAN. Semua ini perlukan masa bergantung dengan usaha & strategi anda. MLM mudah sahaj tetapi anda kena lakukan dengan cara yang betul "practice the right way make perfect". Sebab itu, sesiapa yang serius & sabar dalam MLM, orang ini Insyaallah akan berjaya membina kekayaan. Jadi, kenalah sabar dan tabah.

Wassalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan