Selasa, Januari 26, 2010

DARI KOSONG SAMPAI JADI JUTAWAN. ZERO TO HERO !!!

Kemiskinan adalah jenayah yang paling kejam. – Mahatma Ghandi

Sememangnya tepat sekali kata Mahatma Ghandi. Beritahu saya, siapa yang berada dalam kemiskinan suka dengan cara hidup mereka? Saya yakin 100% tidak ada orang yang gembira apabila kehidupannya dibelenggu dengan masalah kemiskinan, sentiasa berada dalam kesempitan wang, tidak memiliki apa-apa, hidup sentiasa kekurangan dan pelbagai masalah lagi.

Jika anda lihat, kebanyakkan latar belakang jutawan-jutawan ini berada di tahap kemiskinan sewaktu mereka kecil. Contohnya, Oprah Winfrey, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary dan ramai lagi. Namun kemiskinan tidak menghalang mereka dari mengorak langkah untuk berjaya dan ianya terbukti kini. Jadi kemiskinan bukanlah punca untuk seseorang itu gagal dalam hidup atau tidak boleh menjadi jutawan.

Peluangnya begitu banyak untuk berjaya dan menjadi jutawan. Semuanya bergantung kepada anda, mahu atau tidak. Paling menyedihkan, ramai tahu peluang-peluang ini, tetapi mereka tidak lakukannya ataupun lakukan dengan sambil lewa. Rata-rata, apabila saya menanyakan soalan kepada remaja sebaya saya: Are you want to be millionaire? Pasti jawapan mereka: Yes! Mereka tahu destinasi mereka tetapi mereka tidak melakukan apa-apa. Jalan sudah tersedia, hanya menunggu mereka untuk kecapi.

Paling penting, tukar kepercayaan dan keyakinan anda terhadap diri anda sendiri, barulah perubahan yang drastik akan membawa anda ke arah kejayaan. Tetapi, bukan senang untuk menukarkan kepercayaan dan keyakinan yang telah berada di dalam diri sejak azali sekelip mata. Kalau semudah ABC, sudah pasti ramai yang kaya berbanding miskin di dunia ini. Anda perlukan sokongan dan mentor untuk membimbing anda ke arah matlamat anda. Dan pasti, anda tidak boleh bergerak berseorangan…

0 ulasan:

Catat Ulasan