Satu lagi info menarik dari buku “The Secret Of Self Made Millionaire” tulisan Adam Khoo, ialah mengenai 4 tahap kekayaan.
1) Kestabilan Kewangan
Tahap kestabilan adalah tahap pertama di alam konteks ukuran kekayaan. Pada tahap ini, anda sudah memiliki kedudukan kewangan yang stabil. Maksud kewangan yang stabil ialah, anda masih boleh menyara kehidupan anda selama 6 bulan jika anda berhenti kerja pada waktu ini. Pendek kata, jika perbelanjaan anda sebulan ialah RM2,000… dan anda sudah mempunyai simpanan sebanyak RM12,000. Maka anda sudah mencapai tahap pertama kekayaan ini, iaitu, kestabilan.
2) Keselamatan Kewangan
Pada tahap ini pula, anda sudah mempunyai nilai aliran tunai yang positif yang dapat menampung perbelanjaan keperluan asas kehidupan anda. Pendek kata, anda sudah boleh berhenti kerja dan pendapatan pasif income anda sudah boleh menampung gaya hidup anda yang asas. Tetapi jika anda tidak mahu berhenti kerja, hasil pendapatan daripada perkerjaan makan gaji anda itu, anda boleh gunakan untuk menambahkan lagi portfolio pelaburan anda yang seterusnya akan membesarkan lagi nilai “cash flow” bulanan anda.
3) Kebebasan Kewangan
Kita sering mendengar perkataan “kebebasan kewangan”.. tetapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan?. Menurut Adam khoo, anda mencapai tahap kebebasan kewangan apabila, pasif income yang terhasil daripada aset serta pelaburan anda.. mampu menampung perbelanjaan gaya hidup anda “pada masa kini”. Sudah tentunya, ianya agak subjektif.. setiap orang mempunyai definasi yang berbeza tentang definasi “Gaya Hidup Masa Kini”. Walau apa-apa pun, pada tahap ini anda sudah boleh berhenti kerja dan hidup dengan kehidupan anda yang sederhana pada masa kini (berbanding pada tahap “keselematan kewangan”, anda hanya boleh hidup pada tahap yang asas-asas sahaja.
4) Rezeki Melimpah-ruah (Financial Abundance = Kelimpahan Kewangan?)
Di tahap ini… anda sudah boleh berhenti kerja dan goyang pinggul kaki dirumah sahaja… anda kini hidup di dalam gaya kehidupan yang anda idam-idamkan. Rumah banglo 5 tingkat (pergh!), swimming pool beserta ikan dolphin (fuyoo), keta BMW 7 ketul (waaaahh), helikopter 2 biji (gulp) serta isteri 4 orang beserta 7 orang anak setiap seorang ( ho! ho! ho!)..
Tapi, pada kebiasaannya, orang yang sudah mencapai tahap ini, jarang sekali berhenti kerja dan hanya duduk rileks-rileks goyang pinggul. Mereka akan terus bekerja.. tetapi, mereka bekerja bukan kerana duit. Tapi kerana mereka memang minat melakukan perkara tersebut.
Itulah serba sedikit info yang dapat dikongsikan bersama anda. SO.. boleh renung-renungkan, anda di tahap mana?
Kalau nak lebih puas hati.. mungkin anda boleh baca sendiri buku karangan Adam Khoo yang berjudul “The Secret Of Self Made Millionaire” ini, boleh dapatkan secara online di website MPH..
0 ulasan:
Catat Ulasan